Friday, October 30, 2009

aRaB mode~

Khabar sebatang kara
kau jodohkan dirinya dengan
si khabar mubtada'
hiduplah mereka berbahagia..

namun teruja rasa
lihat bahagia mereka
kau jodohkan mereka
bersama inna dan kekanda-kekandanya

dengan redha bukan murka
sekelip mata berubah
zahir khabar, zahir khabar mubtada'
baris berubah namun
segalanya jadi sempurna

terkadang pula datang kaana
dan kekanda-kekandanya
sekali lagi berubah
baris khabar dan kekasihnya
zahir khabar dan kekasihnya

namun segalanya kekal bermakna..

kuibaratkan segalanya
bak liku-liku kehidupan
yang datang tak diduga
yang pergi meninggalkan kesan..

Thursday, October 29, 2009

BiLaNg

siapa bilang aku begok?
cumanya kurang bijak
siapa bilang aku jelek?
cumanya kurang cantik
siapa bilang aku malas?
cumanya kurang rajin
siapa bilang 1,2,3?
aku bilang?
kamu bilang?
dia bilang?

Tuesday, October 27, 2009

Berita.Cerita.Derita

khianat!
mereka khianati kau

belot!
mereka belot kau

hina!
mereka hina kau

dalam diam
dalam diam.

diam
kau terus diam

sabar
kau terus sabar

tahan
kau terus tahan

dalam tangis
dalam tangis.

tangis kau
aku rasa
dalam berita
dalam Berita.

sedih kau
aku baca
dalam cerita
dalam Cerita.

hebat kau
aku bangga
dalam derita
dalam Derita.


Monday, October 26, 2009

sahabat baru

ku temui dirimu
ku rasa kita sama
ku rasa kita berbeda

ku suka tulisanmu
ku suka kerna kita sama.
ku suka bait-bait katamu
ku suka kerna kita sama.

namun ku tahu kita berbeda
ku tahu ia jelas dan nyata
ku mahu kita bersahabat
ku mahu kita berkarya

tapi ku tetap merasa
ku rasa kita sama
ku rasa kita berbeda.

Sunday, October 25, 2009

BENCINTA

aku benci bila kau pergi
tapi ku cinta bila kau kembali
aku benci bila kau tak temani
tapi ku cinta bila kau di sisi
aku benci bila kau sendiri
kau bilang aku tak perlu kau lagi


aku benci
aku benci
aku benci

cinta
cinta
cinta


Friday, October 23, 2009

tiktok tiktok

tik tok tik tok
berdetik jarum waktu
perlahan-lahan
meninggalkan aku

tik tok tik tok
masih berdetik lagi
sendirian aku leka
melayan hal-hal kalian
sedang aku tak punya masa


tik tok tik tok
tidak kan mati
jarum waktu itu
masih berdetik lagi

Thursday, October 22, 2009

kasihan

kalau kau cinta terima saja
tapi kalau kasihan.....

kalau kau sayang teruskan saja
tapi kalau kasihan....

kalau kau rela berdepan saja
tapi kalau kasihan....

kenapa terima
kenapa teruskan
kenapa berdepan

hanya kerana kasihan?

tidakkah suka itu
tidakkah cinta itu
tidakkah sayang itu

lebih dari satu perasaan semata?

Wednesday, October 21, 2009

sigar dan kamu

sigar dan kamu
kamu dan sigar sebati sudah
sana sigar situ kamu
sini kamu situ sigar

sigar sigar sigar
tak mati sigar kerana kamu

mati kamu kerana sigar.

Tuesday, October 20, 2009

puas

sudah puas aku sebak dengan keadaan ini
sudah puas juga aku berair mata dengan ketentuan ini




demam~

Monday, October 19, 2009

kau sahabat kenapa kau

kau sahabat kenapa kau sedih
kenapa tak gembira
kenapa berduka

kau sahabat kenapa kau pilu
kenapa tak ketawa
kenapa menangis

kau sahabat kenapa kau kecewa
kenapa tak cerita
kenapa sembunyi


kau sahabat kenapa kau gusar
kenapa tak sedar
kenapa aku ada
untuk kau

kau sahabat kenapa kau...

Sunday, October 18, 2009

aku tanpa kekasih (edisi pantai feringghi)

aku takut
aku tgk mereka
dengan kekasih
di tepi pantai

aku takut
bila di tepi pantai
mereka berpegangan tangan
mereka bersentuh-sentuhan
mereka berpelukan

aku takut
bila masuk ke dalam air
mereka bermanja-manja
mereka bercumbu-cumbu
mereka berciuman

aku takut
aku akan jadi seperti itukah
jika aku punya kekasih?
namun ketika ini
sedikit aku bersyukur


aku tanpa kekasih.

Thursday, October 15, 2009

Batu batu batu


batu batu batu
bermacam batu
ada batu cincin
batu kelikir
batu permata

batu batu batu
batu api?
batu bata?
kepala batu?

batu batu batu
cuti cuti
batu cuti?


yeah! batu FERINGGHI!



kahkahkahkah! babai.

Wednesday, October 14, 2009

diguna-guna

aku jumpa dia petang tadi
dia dah diguna-guna
apalah nasib dia
lepas diguna-guna
ditinggal bersendirian pula
eh salah
dia takde
kulit dia je ada

sape yg tinggal dia?
kesian dia
bodohnya mereka.

kahkahkahkah!!!


Tuesday, October 13, 2009

selamat hari lahir







tanggal 13/10/1986
kau melihat dunia
sungguh kau bertuah menjadi yang pertama
abang.

tanggal 12/10/1992
tangisanmu memecah keheningan suasana
kehadiranmu memberi aku pengalaman baru
adik.

tanggal 16/10/1997
menjadi yang terakhir dalam keluarga
kau istimewa
kurasakan diri ini berteman baru
sesama kita sentiasa bersatu
adikku.

selamat ulangtahun kelahiran

amirul
asyraf
afiqah.




Monday, October 12, 2009

politik polemik

politik politik politik

politik tu kotor ke??
bukan politik tu tak bersih ke??

politik tu pilihanraya ke?
bukan politik tu 'show' di jalanraya ke?

politik tu biasa ke??
bukan politik tu kuasa ke?

polemik polemik polemik.


Sunday, October 11, 2009

gemuruh ragaku

esok ya esok
takut ya takut
gemuruh ragaku.

esok ya esok
depan ya depan
gemuruh ragaku.

esok ya esok
bentang ya bentang
gemuruh ragaku.

esok ya esok
mungkinkah berakhir
gemuruh ragaku.

*katakunci>> bentang

Saturday, October 10, 2009

RinDu taPi

sejak jumpa kau
aku suka.

sejak jumpa kau
aku gembira.

sejak jumpa kau
aku ceria.

aku rindu tapi
kau bukan kekasih.

kau aku suka
kau aku duka.

kau aku ketawa
kau aku berair mata.

aku rindu tapi
kau bukan kekasih.

bila kau aku tinggal
bila kau aku abaikan
kau merana
aku kecewa.

aku rindu tapi
kau bukan kekasih.

*katakunci>> bukan kekasih

JAsad di luar, Raga di Dalam.

jasad di luar berkata-kata
raga di dalam tak tahu apa-apa
jasad di luar nampak slumber
raga di dalam grrrr.... x terkata

jasad di luar menerangkan
raga di dalam tak paham
jasad di luar senyum manis
raga di dalam ish bila nk habis?

jasad di luar minta ditanyakan soalan
raga di dalam sapa tanya putus kawan!

jasad di luar merasa lega
raga di dalam haish lepas ni apa pula?

* katakunci>> 'presentasi'. haish...

Friday, October 9, 2009

Raga Berat


menjeling aku ke kiri ke kanan
tergolek-golek di atas katil
terasa berat.

apa yang berat?
raga yang berat.

kenapa berat?
sebab jiwa dah karat.

aduhai raga yang berat
aduhai jiwa yang karat

sembuhlah pulihlah cepat
selagi dapat.
jangan sekali-kali kau lambat
takut nanti tak sempat.

melepaskan batuk aku ke kiri ke kanan
terbungkang di atas katil
terasa berat.

apa yang berat?
raga yang berat.

kenapa berat?
sebab jiwa dah karat.

*katakunci>> kerja

Raga Aku, raga kamu

Raga aku
dah tersangkut dengan raga kamu.
Raga aku
tak habis-habis menjiwang degan raga kamu.
Raga aku
kadang-kadang suka keadaan ini.
tapi perit dengan keadaan itu.

Raga kamu
sangat jauh
tak tahulah
tersangkut atau tidak dengan raga aku.
mungkin tidak.
raga kamu emas.
raga kamu mahal.
raga kamu bukan senang nak diculik

ah! sakit raga aku
tahu??
tak tahu kot??
memang tak tahu la tu.
raga orang lain je kamu nampak berkilau-kilau dan bercahaya.

aku tahu.
tak mungkin bersama
Raga aku, Raga kamu.

*katakunci>> tak sampai.

Thursday, October 8, 2009

raga mula hanyut

ambil.
raga itu!

tidak.
biar saja.

biar.
raga itu?

ya.
biar hanyut.

tapi raga itu.

kenapa?

apa?
raga itu?

itu?
jiwa aku.
suara aku.
rasa aku.
madah aku.

kalau hanyut?
biar.
biar hanyut.

arus!
raga mula hanyut.
dibawa arus!

ya.
raga mula hanyut
dibawa arus..

*kata kunci>> permulaan.