Saturday, February 25, 2012

di waktu kita tidak sefahaman

minta ku pinta
direnung semula hayat kisah kita
dari mula hingga kini

dari mula hingga kini
minta ku pinta
direnung semula hayat kisah kita

direnung semula hayat kisah kita
dari mula hingga kini
minta ku pinta

mungkinkah sebenarnya memang ada salahnya
kisah ini?

ujar semula pada hatimu
inikah yang kita mahu?

ku beri ku beri
amarah mu reda

berlalu angin malam menegak roma
tiada hangatmu tiada tidur ku

biar mata terus terbuka terus terbuka
agar bayangmu tidak menghilang
dari mata yang kuyu memandang.