Sunday, February 28, 2010

jasad pendosa


jasad yang kaku dan mati ini
silalah dikuburkan secepatnya
jangan aku dibiar sampai berulat
nanti mengaibkan
sangat mengaibkan.
usung segera
keranda putih
yang kononnya suci bersih
tapi dalamnya nanah meleleh
lekas! jangan biar ulat-ulat itu
melentik-lentik keluar
dari rongga-rongga reput tubuh
berdosa, bernoda.
tanamkan secepat mungkin
sebelum ribut petir mengiring
aku tak mahu semua merasa
semasa di dunia
biar semuanya leka
dengan dunia fana
barulah adil saksama
kau rasa
aku rasa
hanya di neraka.

Saturday, February 27, 2010

intonasi mesti mahu betul


siapa saja yang aku mahu itu
aku tahu itu kamu

siapa saja yang buat aku jatuh hati itu
aku tahu itu kamu

siapa saja yang bisa tahan olah ku
aku tahu itu kamu

siapa saja yang tahu aku tahu apa yang dia tahu itu
aku tahu itu kamu

kerana apa?

KERANA
kamu itu milik aku
apa lagi perlu aku risaukan?
kamu kan milik aku.

segala kepastian itu
berlaku sebab kamu itu
selalu di samping aku.

kamu kan milik aku.
kamu kan milik aku?

ke orang lain?

ayah


bersama ayah
rasa bertuah
bersama ayah
kasih sayang berbuah
bersama ayah
hati diserah
cerita ibu
mengenang arwah.

Friday, February 26, 2010

halus


halusinasi itu
buat aku terlihat
kau di sana

halusinasi itu
buat aku percaya
kau tersenyum padaku

halusinasi itu
buat aku berlari
mengejar bayangmu

halusinasi itu
buat aku terkaku
bila aku tahu

kau itu
halusinasi.

halusinasi itu
halusinasiku.

Thursday, February 25, 2010

indah.


rama2 terbang berpasangan
yang putih betina
yang hijau jantan,
sebuah taman penuh bungaan
mekar kelopaknya,
berbagai warnanya.
kau dan aku
kita berdua
saling berpandangan
lalu berkucupan
indahnya perasaan
di alam percintaan.

Tuesday, February 23, 2010

kau, aku, dia, dia.



kau kasihku
kekasih
aku cintamu
bercinta,
dia adikmu
segak bergaya
aku cintanya
dia.

belum masanya


belum masanya aku pergi
sebab jika ku pergi
kau akan sendiri
siapa mahu itu
aku tak mahu

Monday, February 22, 2010

hilang


dunia adalah
miskin segala
pohon2
sungai
tasik

rasa kasihan
rasa kasih
sayang.
yg aku tegaskan
kemanusiaan
langsung
habis.

Saturday, February 20, 2010

pengalaman cinta


berulang kali cuba bercinta
tapi hampa.
salah kau kadangkala
salah aku selalu
lalu kita putus.

yang ke berapa kali
aku buntu mengira
yang aku benar2 cinta
tak perlu didigitkan
kerana tak ada
langsung
tak ada.

hensem


kasut itu muat
aku pakai
walau jenamanya
aku tak suka.

kasih kau indah
aku rasa
walau tampan di wajahmu
tiada.

warkah

ke hadapan kekandaku
adinda sudah puas
noktah.

Friday, February 19, 2010

monolog ibu

tidurlah anakku
jangan kau gusar
aku ibumu

ibu akan jaga
semua tiada berkira
nanti besar
jagalah ibu
atau hantar
ke rumah orang tua.

Thursday, February 18, 2010

tapi kau lupa

seingat aku
kau kekasihku

seingat aku
kau kekasihku

seingat aku
kau kekasihku

seingat aku
kau kekasihku

seingat aku
kau kekasihku

seingat aku
kau kekasihku

seingat aku
kau kekasihku

Wednesday, February 17, 2010

momen desah


merangkak merangkak
meniarap meniarap
terlentang terlentang
terjingkit terjingkit
berbaring berbaring
berguling berguling
bertimpa bertimpa

biar apapun posisinya aku tika ini
kau tetap yang aku mahu
bersama.
berdua.
berasmara.
berkasih.
bercinta.

lekas pulang!

Monday, February 15, 2010

mati


di situ kerja
di sana kerja
di sini kerja
di depan kerja
di belakang kerja
di kiri kerja
di kanan kerja

kau
di situ tiada
di sana tiada
di sini tiada

aku mati.

Sunday, February 14, 2010

lelaki romantis


kalau angin malam itu,

bisa bawa kau ke mari dalam dakapanku,

turuti saja

kerna aku saat ini

amat2 perlu kau di sisi.

kalau angin malam itu,

buat kau kedinginan,

mari ke mari ke sini sayang,

akan ku depa kan tangan

menerima sekujur tubuhmu dalam pelukan,

kerna aku tika ini amat mahu kau merasakan

kehangatan cinta aku

di malam penuh gemintang.

Saturday, February 13, 2010

buang bayi


yang bakal disambut itu
Hari Kekasih,
yang bakal berisi bayi dalam rahimnya itu
kekasih kepada kekasih.
yang menipu itu
lelaki licik,
yang tertipu itu
perempuan jijik.

kepala yang berotak
seolah tiada akal,
badan yang berhati perut
seolah tiada pengisian,
yang buang si kecil itu, ibunya
yang dihurung semut itu, dia.

tunggu di Hari Besar
si kecil datang menuntut adil
si ibunya panas menggigil
'ibu, yang kau buang
dihurung semut
itu aku."

Thursday, February 11, 2010

meja Copenhagen tempoh hari


pemanasan global makin buruk

duduk semuanya berbincang2 bagai dikata

mahu pulih iklim dunia katanya

kerajaan yang kaya itu membantah

sudah tentulah

takkan semua projek juta2 nak dibatal

kau gila? laung si kaya2

kerajaan yang baik dan selalu berbudi bahasa

dengan sopan beri sepatah dua kata

tidak sokong kerajaan kaya2 sebenarnya

tapi, dah nama pun tak menarik dan tiada istimewa

siapa nak pandang?

apalagi diselak kainnya?

nah! itu dia bagai dijangka

punah harapan pulih alam

yang kaya berenang

yang miskin terus tenggelam

tak lama lagi

tak lama lagi

boleh laungkan

selamat tinggal dunia.

Tuesday, February 9, 2010

kenapa perlu ke seberang untuk merasa kedinginan musim salji? (edisitakmahulepaskaupergi)


pada bukan jam puncak

dari terminal putra ke kelana jaya

katakan pada aku

suhumu menggila negatifnya.

tidak?

sayang, yang aku maksudkan itu

gerabak baru itu.

yang panjang itu.

yang tempat labuhan punggungnya merah dan biru.

yang luas lebarnya tak terjangkau depa ku.

tahu kan?

setelah kau rasa itu,

kembali ke puisi ini

dan perincikan

apa kau perlu ke seberang?

sialan musuh pendadah


cis!
sialan kau musuh pendadah!
bedebah kau hamba pangkat!
di mana kau letak akalmu?
di mana kau letak maruahmu?
jiwa pendadah seni ini kau robek
di mana keadilan?
di mana kebebasan?

kau mahu pangkat?
nah ambillah!
selama mana boleh kau bernafas dengan itu?
sejauh mana boleh kau usung?
ke liang lahad?
lahanat!
apa dosa para pendadah jiwa seni ini kau pijak lumat?
siapa yang kau agungkan?
siapa yang kau cium bontotnya?
kau mahu kami ertikan sebab perlakuan sialan mu itu
tapi di jiwa yang sudah lama terbenam dadah seni ini, apa kau tahu?

kau depakan tangan mendabik dada
kau berpeluk tubuh mahu kami jatuh
kau tunjuk pingat untuk kami ingat
tentang kuasa kau ada
tentang pangkat kau punya
pergi mati pengkhianat!
pergi mampus bangsat!

jiwa-jiwa pendadah seni kental
masih punya tempat untuk berperang
takkan sekali kami rayu pulang
pada kau jiwa-jiwa jalang!

manusia


bila kau baca kisah cinta

yang buat kau menangis

tersedu-sedu itu pasti

bila kau lihat anak kucing

dimakan anjing

rasa kasihan,

itu pasti

bila kau dengar khabar

bapa rogol anak kecil sendiri

rasa marah dan sakit

itu juga pasti

jika kau betul manusia.
jika kau benar manusia.

Sunday, February 7, 2010

BUTA


dia itu buta matanya
tapi tak buta cinta
tapi tak buta hati
tapi tak buta kasih

kau itu celik mata
ada cinta tapi buta
ada hati tapi buta
ada kasih tapi buta

aku ini ada di depan
terbuka mata tengok kau
terbuka cinta tengok kau
terbuka hati tengok kau

tapi nak buat macam mana
kau lagi buta dari dia
tak nampak apa aku rasa
bila aku bersama dia
kau hina dia depan mereka

kau buta
membabi buta.

Saturday, February 6, 2010

ketentuan (edisitakdapatpergimaskara)


hari ini gembira sangat,
esok akan sedihlah.

esok sedih sangat,
mungkin lusa gembiralah.

itulah ketentuan
bukan kau
bukan aku
tapi Tuhan.

Friday, February 5, 2010

keluar kelab malam


pandangan berpinar-pinar
sekeliling berputar-putar

pinaran ini
putaran ini

ah!
di situ menjadi dua
di sana menjadi empat

cuba terus
melangkah

akhir terus
muntah.

esoknya
tersedar kerna kedinginan
tiada seurat benang
bertangis sendirian.

Thursday, February 4, 2010

kesan


bertangisan kucing kelaparan
mengendong anak kecil sendirian
ditebak hatinya oleh si jantan
bukan kekasih, tapi sang mantan

dahulu
setinggi pohon nyiur kasihnya

kini
sedalam hunusan keris lukanya

Wednesday, February 3, 2010

s**l


dulu kau kucari
kini ku ikut kata hati
usah cari dirimu lagi
rasa kasih ini sudah pergi
selamat tinggal,
sial.

Monday, February 1, 2010

entah. (edisibukanlaguafghan)


selama berkasih

akhirnya berpisah

sekarang ini ada yang bertanya

sudah berpisahkah?

apa masalah?

kau tahu?

aku tahu?

entah.

kita juga tak mengerti

apa salahnya

hati kita ini

rasa kita ini

terkadang memang beginikah

putus cinta?