Sunday, March 21, 2010

amaran

bila mana kaki ini melangkah
jangan aku kau tegah.
bila mana bukaan mulut ini luas
jangan dibidas.
bila mana tubuh ini jadi kerdil
jangan aku kau perkecil.
sekian.harap faham.
malam.

Sunday, March 14, 2010

suami


seburuk mana aku sebagai isterimu,
janganlah kau adukan pada yang luar,
kerana aku tidak pernah.

Tuesday, March 9, 2010

sentuhan



yang dikatakan gadis suci itu
adalah pabila tidak pernah disentuh.
tapi aku sudah.
hatiku telah.
suci lagikah?

Sunday, March 7, 2010

bodoh la kau!


kalau betul kau tak rasis,
yang kau sinis-sinis tengok aku,
bila menuturkan bahasa kau tu,
kenapa?


Friday, March 5, 2010

mental


tidak lenakah kau
bila aku mengalun lagu2 tidur di telingamu?
aku sungguh2 sedang menyanyi sayang
tidurlah!

tidak terjagakah kau
bila aku jerit namamu dari jauh?
tolong rasakan rindu ini kasih
aku benar-benar sedang melaung2 namamu
bangunlah!

sebelum benar-benar aku melayang
jatuh dari tembok pencakar langit ini!

hahahahaha!

sayang, tidurlah.. aku menyanyi untuk kau..

*nangis*

Wednesday, March 3, 2010

pisah


di sudut ini
terasa langit bertukar hitam
melihat aku menangis

di sudut lain
terasa makhluk alam tersenyum sinis
melihat aku menangis

yang mana satu kebenaran?
perpisahan ini sakit atau menggembirakan?