Wednesday, June 30, 2010

buat kau yang tak percaya T-T


kelihatan diri ini sudah tiada lagi dalam jiwa kau setelah kau perlihatkan rasa tidak percaya kau pada aku.
sungguh tak aku sangka kau sudah tak percaya, sedang aku di sini tak pernah sedetik terbit rasa ditipu oleh apa jua katamu,ucapmu,dan madahmu. mengapa selalu segala kata-kata aku kau tafsirkan sebagai penipuan,dolak-dalik dan alasan? dengar sayang, dengar. semua ucapan ku tiada yang dusta sayang, tiada. kerna kasih ini tulus suci. tapi aku kenal benar kau. kau tak mungkin akan menerima segala apa yang aku lakukan dan buktikan untuk membela diri yang tak bersalah di pengadilan kasih mahupun di hati kau. sampai bila harus kau menuduh aku yang tidak-tidak? dengan ini aku pohon, hentikanlah. aku mahu kau saja bukan dia, dia atau dia..



p/s: yg terilham bersama airmata T-T

Friday, June 25, 2010

dari dulu2, biar begitu...

jangan jatuh hati pada aku
kita sahabat dari dulu2
biar kekal begitu

jangan pernah mencintai aku
usah sekali2 bertanya pemilik hati ini
aku dan kamu sahabat sedari dulu lagi
biarlah begini

susah dan senang kita masih bisa bersama
tapi bukan berjiwa,berkasih, bersulam cinta

ia bukan mudah
untuk aku mencintai kamu

asal kamu tahu

ia bukan juga susah
untuk kamu kekal di hatiku

mari ke sini kamu
usah pergi
kamu sahabat sejati.

Saturday, June 5, 2010

laknat ISRAEL


sudut sinun

laknat Israeli!

laung kita-kita.

sudut situ

mari belasah!

jerit anak muda.

sudut sini

lekas berpesta!

bogel-bogelan remaja.

sudut sini lagi

campak bayi-bayi!

hubungan keji

laknat Israeli?

Friday, June 4, 2010

tadi malam


tadi malam ku lihat bintang
ku lihat bintang
bebintang

di saat itu ku pandang bulan
ku pandang bulan
rembulan

setelah itu muncul wajah mu
ada wajahmu di dada itu

ku kelip mata
berkelip mata
sebelah saja

eh? kau senyum?