Thursday, November 25, 2010

dua.


rasa ingin dicintai kau

rasa ingin disayangi kamu.

jiwa ingin selamanya sama kau

diri ingin seluruhnya bersama kamu.

pedih bila seperti aku tak kau perlu

perih bila seperti aku tak kamu tunggu.

crap!

ini rasa yang teruk.

sekurang2nya bagi kau

dan mungkin

sekurang2nya bagi kamu.

no!

ini bukan soal keliru.

ini realiti seorang aku.

Monday, November 22, 2010

SMS itu.


setiap masa
tanpa kau rela
aku tau.

tiap ketika
semua terpaksa
aku rasa.

tiap momen itu
tiada indah ku rasa
tiada suka di jiwa.

kerna terpaksa
kerna terpaksa


oh ku biarkan saja
ku biarkan saja.

Saturday, November 13, 2010

Cinta Tak Terbalas


melihat kau sering dengan diri kau sahaja

akibat cinta tak terbalas,

bikin aku rasa diperlu.

diperlu biar dalam mimpi mu

diperlu biar dalam imaginasi ku.

pernahkah aku ini diimpi-impi?

pantaskah aku ini dihargai?

S,

di jiwa aku ada kamu.

biar tak terbit sekalipun

sedikit rasa seperti ini

di hati kamu,

aku akan terus

menadah ke langit

memohon hujan membasahi

hatimu yang kontang

dihirup CINTA TAK TERBALAS itu.

Friday, November 5, 2010

puisi klise untuk ayah


tapak tanganmu kasar
mencari sesuap nasi
untukku

matamu tampak berselaput
bersengkang di kala malam
memastikan segalanya cukup
untuk siang

ah. klise.
kerna memang semua
yang kau lakukan
sebagai ayah yang terbaik itu

klise,

Wednesday, November 3, 2010

kembara


mencari yang dinamakan ilham tidak mudah
lalu aku membawa diri ke ceruk2 malaya
mencari erti sebenar seni dalam jiwa
andai ada yang mengenali
sudi2lah menegur diri.


p/s: dijemput ke grup ini.

Tuesday, November 2, 2010

isk.


semalam.

kau aku rindu.

hari ini.

esok.