Friday, December 17, 2010

puisi kekasih mencari sang cintanya



untuk mencerap semula kenangan setiap butir kasih

beri aku masa,


untukku belayar mengutip serpih-serpih kasih

yang semakin jauh terletak,

beri aku setak!


moga terlihat seakan pendekar ingin menangi suri hatinya

yang semaki hilang jejak,

pakaikan aku tanjak!



tunggu hamba, nantikan kekanda

kasih dinda biar terusan menyala

biar jelas dan lekas kita bersua.


*setak = perahu kecil

Tuesday, December 7, 2010

seran


selembut bayu yang datang membelaikan

semesra dua pipit berterbangan

rasakan...


gesek biola menceritakan

pudar warna mawar bertebaran

dengarkan...


sang helang mengintai mangsa di ketinggian awanan

tiada kisah diri dipeluru maki cemuhan

teriakkan!


berlaku di tiap ruangan

terjadi di jiwa ignoran

jeritan tiada keruan

dunia penuh seran.


*seran= jalur-jalur yg miring


Monday, December 6, 2010

pejam.

aku ini pinjaman tuhan


kau itu anugerah.


pejam mata kau


sebut nama aku.


lahirkan


zahirkan.


usah keliru


jangan kau jemu.


lihat mata-mata itu


semuanya cemburu.


entah kenapa


aku tak tahu.


aku ini pinjaman tuhan


kau itu anugerah.


sekurang-kurangnya


pada aku.

Saturday, December 4, 2010

ciptakan untukmu

ku siapkan hati ini untuk diraja olehmu
ku tenangkan rasa sanubari

kutarikan alunan romantis musikmu
ku persembahkan dari lubuk yang terdalam

ajaibmu terlalu ajaib
terlihat kelopak mawar berserakan kembali mencantum
yang berwajah sugul melukis senyum
yang berairmata menyapu manik-manik tangis
kesemua sedih yang ujud langsung habis

kau teruskan berlagu syahdu
kau seluruhkan rasamu padaku
ku mau kau tahu
keberadaanku kerana keberadaanmu

di situ.

dibjualkata.blogspot.com