Thursday, March 31, 2011

penantian, permintaan


Ini bukan lagi kata2 manis buat kamu.ini permintaan.

Kerana menyintai kamu,aku menunggu.

Kerana mengharapkan kamu, aku tahan rasaku pada lelaki2 itu.

Kerana tak mengenal erti jemu, aku menanti kabar dan panggilan dari kamu.

Dan bila kamu tidak yakin pada aku, inikah akhirnya?

Baik.

T0l0ng jadi yakin.
Jangan ikat aku.
Aku perempuan hina yang biasa,
Yang bisa kau dapatkan sejuta yang sama.

Lepaskan.
Maafkan.
Aku mahu dia.
Atau mungkin menunggu dia pula.

Tuesday, March 15, 2011

kawal.


aku mau kau jauh dari aku

tolong jangan lagi dekati

aku tak mahu punya rasa padamu

tolong aku, tolong aku.


rasa ini sungguh tak wajar

walau apa cara sekalipun

tolong jangan biar ia mekar

ini tak wajar

takkan pernah wajar


aku sedang kawal rasa

dengan sentiasa mengadu kepada Esa

tapi setelah tidak di atas sejadah

hati dan rasa ini kembali gundah.


apakah benar aku mahluk neraka?

benarkah bumi ini akan diterbalikkan kerananya?