Tuesday, April 26, 2011

kisah jerit.


jeritan-jeritan dalam hati

yang akan aku jeritkan sebentar lagi

adalah jeritan-jeritan batin suara

untuk persediaan daya tenaga

yang akan aku gunakan

tika aku jeritkan di hadapan kamu

sebelum kamu jeritkan

jeritan-jeritan kamu

di hadapan aku.

kisah ga mungkin


Menyayangi aku lebih dari siapa-siapa
Menjadikan aku selayaknya tuk hati kamu
Mencintai aku seperti yang ku mau
Setiap hela nafas kamu bersama aku
Rasa manis di bibir kamu milik aku
Bercantum jasad kamu dan jasad aku
Melayari bahtera suci nafsu.
Itu kisah yang ga mungkin
Jadi, mendingan aku begini terus
Menjauh.

Sunday, April 17, 2011

SETIAP SATU YANG ISTIMEWA ITU RASA AKU PADA KAMU.

SETIAP hela nafas
setiap dingin malam

SATU terlihat
satu terpahat

YANG dikenang
yang dimimpi

ISTIMEWA di jiwa
istimewa di hati

ITU terkemam
itu tersimpan

RASA keinginan
rasa memerlukan

AKU mengaku
aku keakuanku

PADA sihatku
pada sakitku

KAMU dambaku
kamu kurindu

SETIAP SATU YANG ISTIMEWA ITU RASA AKU PADA KAMU.

Thursday, April 14, 2011

kisah bapak menteri


Bapak (atau bapok) menteri
Berdolak-dalik
Konon hidupnya
Segala bersih
Rakaman video mirip sahaja
Bukan beta, bukan beta.

Puas kau sekarang?
Dosaku semua cari sampai lubang.
Dunia aku bersih lah babi
Cuba kau berdiri di sini
Kuatkah kau tanggung duniawi?

Mati semua kata-kata dusta
Musnah segala tipu-tipu dunia
Aku kan menang di medan sana.
Pangkah kotaknya
Terima pimpinannya.