Saturday, August 7, 2010

untuk dewi sahabatku


malam ini
airmata ini
untuk sahabat yang satu ini

malam ini
airmata ini
tidak akan aku kesat sendiri

kerana malam ini
aku mahu rasai
airmata yang mengalir dari mata dewi

kerana malam ini
aku mahu dewi mengerti
dia ku kira teman sejati

tuhan tolong
kuatkan dia
tuhan tolong
tabahkan hatinya

cuma Kau lebih kuasa
hanya Kau lebih berdaya

teman ku dewi
tolong aku
tolong yakinkan aku
yang kamu bahagia selalu
yang kamu masih bisa seperti selalu

selalu itu
selalu yang baik
selalu yang riang
selalu yang tersenyum

yang menampakkan jelas
pendakap gigi berwarna ungu

senyumlah teman ku
cerialah sahabat ku
di sini doa aku untuk kamu.

No comments:

Post a Comment