sering aku cuba lari dari bayang2 hitam kelam
bila aku lihat mata kamu
tapi sulit.
sulit yang dibuktikan dgn langkah2 kaki yang bukan berlari kencang
tapi cuma anak2.
dan berlari anak2 itu bukan berlalu pergi,
malah makin kau aku hampiri.
dan bila bermula, aku tak mahu fikir untuk mengakhiri.
yang benar salah semua tidak kelihatan.
yang akibat kesan segala tidak dihiraukan.
kau seolah tahu apa aku mahu
kau seolah juga membenarkan ia berlaku
maka, patutkah aku salahkan aku?
*gigil*
hembus nafas ini bukan milik aku lagi
sejuta apa jenis jiwa yang mahu pun akan aku serahkan
bukan atas paksaan
tapi atas keinginan dua insan.
No comments:
Post a Comment