Saturday, October 30, 2010

sakit.


kenyataan
sakit

kebenaran
sukar

dengannya
kamu

denganmu
dia

aku
tiada

dengannya
pelita

denganku
gelita



Thursday, October 28, 2010

terimakasih


pergi. hindari aku.

pergi. usaikan yg belum selesai.

yang aku tahu bukan aku

yang aku mengerti bukan berkenaan aku.

dan tak perlu lagi kau mencari

setelah aku kau buang ke tepi.

biar aku sendiri.

dalam ruang ini.

Tuesday, October 26, 2010

-___-


andai bisa terus bercinta
aku kau punya
kau aku pinta

tapi sepertinya tidak mungkin
aku tak mampu memula langkah
hubungan ini bukan boleh dimegah

sakit
perit
sempit

kenapa sukar aku diterima
kenapa sukar kau mengiyakan nya

kucintamu
kusayangmu.

Sunday, October 24, 2010

terlalu


dan bilamana aku sayang
tetap selamanya aku sayang

dan bilamana aku benci
tetap selamanya kamu di hati

untuk aku benci
tidak sahaja dalam diri

untuk aku benci
terus aku pahat dalam hati.

Friday, October 22, 2010

tak serasi


suis di otak

suis di jiwa

tekan serentak

tak sama menyala.

Tuesday, October 12, 2010

menjadi kau dan aku


percikan darah berwarna biru

mengharu sudut jiwa yang merindu

purnama tak seindah selalu

merai kau dan aku

satu.

Monday, October 11, 2010

mahu ku


relai ikat rambut ku

usap ubun ku

kecup bibir ku

tidur dengan ku.

aku mohon.

aku mohon.

Friday, October 8, 2010

nuditi


agoni yang menjengah ketika aku senang,

menelanjangkan jiwa yang terasa jalang.

babi. berteman itu belum tentu lagi bisa buat aku tenang.

biar seorang. seorang aku jalang. jalang jiwa aku. jalang nyawa aku.

jika kau titiskan asid pekat ke atas kulit yang tidak lagi suci setelah dimamah setan gondol,

tidak ada bezanya buat aku. terus. asid itu jangan lah yang murah. beli dari farmasi terbaik.

biar yang paling kuat dan menghakis hingga nampak tulang hitam.

setakat ini yang aku tahu, aku telah dibogelkan. rasa dibogelkan itu sungguh tak akan kau faham

walau macam mana sekalipun kau cuba untuk memahami. jadi, ke tepi.

biar aku sebati jiwa dalam nuditi ini.


BUTA


INI SEMUA DIEJA DENGAN HURUF KECIL.

BENARKAH?

ATAU KAU BUTA?

ini semua dieja dengan huruf besar.

sungguh?

kau buta.

jasad aku yang kecil, hati aku yang besar.

kau buta.

Thursday, October 7, 2010

pinjamkan aku.


Pinjamkan aku.

Pinjamkan aku selimut tidurmu

Untuk hangati malam dinginku.

Pinjamkan aku selimut tidurmu

Di kala tiada yang membaluti tubuh liarku.

Pinjamkan aku selimut tidurmu

Biar baumu bauku bersatu.


Wednesday, October 6, 2010

dosa merasa


bila rasa ini tak langsung bisa aku terjemahkan di depan kau.

bila rasa ini tak langsung aku sendiri mengerti ke'boleh'an nya untuk aku merasa.

bila rasa ini mengganggu tidur malam-malamku.

bila rasa ini buat aku resah tertoleh-toleh sehingga lenguh tengkuk.

bila rasa ini buat aku rasa kau ada selalu.

bila-bila rasa ini ada.

bila-bila bayangan wajah kau menjelma.

Tuesday, October 5, 2010

sejarah,


sehelai.
dibalut.
isinya.

aku.
hanyut.

setelah lama.
ku buang ke laut.

Saturday, October 2, 2010

sabar



sesaat aku pergi

sejuta jam kau tak kembali.

sial.