agoni yang menjengah ketika aku senang,
menelanjangkan jiwa yang terasa jalang.
babi. berteman itu belum tentu lagi bisa buat aku tenang.
biar seorang. seorang aku jalang. jalang jiwa aku. jalang nyawa aku.
jika kau titiskan asid pekat ke atas kulit yang tidak lagi suci setelah dimamah setan gondol,
tidak ada bezanya buat aku. terus. asid itu jangan lah yang murah. beli dari farmasi terbaik.
biar yang paling kuat dan menghakis hingga nampak tulang hitam.
setakat ini yang aku tahu, aku telah dibogelkan. rasa dibogelkan itu sungguh tak akan kau faham
walau macam mana sekalipun kau cuba untuk memahami. jadi, ke tepi.
biar aku sebati jiwa dalam nuditi ini.
biar aku gini2 saja-
ReplyDelete(:
suka yang ini.