Friday, October 28, 2011

Jangan hilang khabar

Hakikat sekarang
Kita jauh.
Jangan hilang khabar
Sihatmu aku ingin tau
Sakitmu aku ingin tau
Tawamu aku ingin tau
Tangismu aku ingin tau

Mata ini tak bisa lelap
Menunggu kamu seperti selalu
Di pojok mana kau letak hatiku
Sampai tersesak rasa bila bernafas?

Jangan hilang khabar
Jasadmu tiada di depan
Berilah aku melodi indah
Dari suaramu, oh kesayangan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 25, 2011

Baik-baik saja

Semoga selamat semuanya
Kau di sana baik-baik saja ya sayang.
Di sini aku akan setia merindu
Di kala siang ku nyanyikan lagu-lagu mu
Di kala malam ku hitung-hitung bintang kita seribu

Kau di sana baik-baik saja ya sayang.
Makan minum mu pastikan dijaga
Aku di sini tiada termampu menjaga mu segala
Tapi ku yakin sepenuh hati

Kau di sana baik-baik saja kan sayang?
Baik-baik saja ya sayang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 19, 2011

Lubuk jiwa terkafir

Pedih.sakit.rasa yg pada ketika ini tak dapat aku jeritkan keluar dari raga yg berkecamuk.

Tuhan.Ujian.meninggikan rasa aku lebih daripada yang sepatutnya aku patut beri adalah sesuatu yang sedang Kau uji buat hamba hina ini.sekarang ini.

Mimpi.pAsti. Kini mimpi2 semalam telah seperti menjadi suatu yg pasti.tidurku tanpa lena rupanya memberi bayang bahawa segalanya akan dan pasti berakhir.

Tak mampu. Meninggalkan satu bulan ini ke sudut paling jauh dalam hidup adalah tak mungkin bisa aku tempuhkan.tiap rasa sayang pada kekasih yang pernah dulu tersemai menjadi bunga indah takkan sekali mudah utk aku cantas pohonnya hanya kerna minta-minta dari manusia2 berkuasa.

Redha. Namun aku manusia hina dan lemah. Mari bermain dengan jiwa2 tuhan. Mari lakukan dusta besar-besaran. Sampai hayat dihenti takdir.pasrah hati dan lubuk terkafir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 11, 2011

tentang perca


Pada setiap titis air mataku yang mengalir
kau perca kan.

Pada setiap detik aku kedinginan dalam tidur
kau perca kan.

Pada setiap sudut hati aku yang basah kerana merindu kamu
kau perca kan.

dan kerana semua itu aku pasti
kau bukan lagi kau yang dulu

perca mu untukku
indah mu untuknya.

selamat malam.
selamat tinggal.

Wednesday, October 5, 2011

terus-terusan


di lubuk hati ini terus-terusan membenci dunia,
kerna yang dikatakan gila itu adalah jalinan kisah kita.

percuma aja kita terus-terusan mendengarkan mereka,
tetap juga mereka membenci kisah kita.

saat ini tanamkan dalam hati kamu,
aku ini menyayangi kamu sepenuhnya.

seluruhnya--
tanpa ada sedikit rasa kesal.

setiap rasa yang tercurah

buat kamu,
buat kamu,
buat kamu!

sayang, di sini teruslah kita menyatu....