Sunday, January 31, 2010

kawan sejiwa


kata mereka
nak dapatkan kau itu mudah
tapi lebih susah

kenapa mudah
tapi kemudian susah?

oh, susah nak dapatkan yang setia
yang berhati mulia
yang tak makan daging manusia

lagi satu kata mereka
nak dapatkan kau lagi susah
dari dapatkan cinta jejaka
dan aku percaya
percaya gila.

Friday, January 29, 2010

khayal


sedari dulu aku perasan

yang aku ini cantik

yang aku ini comel

yang aku ini menarik

kerana itu engkau baik

kerana itu kau tertarik

baiklah.

sedari dulu aku perasan

sahaja.

untuk si akal pendek (edisitakperlujawab)

hei si akal pendek!
bukankah seni itu halus?
sudut mana kau pandang hasilnya buruk?
kau lihatnya dengan cara apa?
yang kau cakap karut itu celah mana?
figuratif maksudnya?
atau literal saja?

oh ya!
tak perlu penjelasan
wahai si akal pendek

akal kau pendek.

Thursday, January 28, 2010

alien


kata aku,
kau malaikat
kata dia,
kau syaitan.
tapi kan,
aku kekasih
lebih faham kau,
dia cuma makhluk asing
aku rasa lah.
kan?
KATAKAN!

*utk sang kasih (yg aku rasa) penipu

Wednesday, January 27, 2010

puisi kurang enak



gadis itu
berambut ikal mayang
berdiri menjadi saksi
sebuah muzika alam

di sebelah gadis itu
sang dia berambut pendek
berseluar denim londeh
tersenyum manja
senantiasa

lalu lagu jiwa dimainkan
gadis itu bagai dicandu
bibir sudah menyentuh leher
jari jemari sudah menyeluk kocek seluar
penuh manja, penuh desah bersama sang dia
tanpa peduli siapa-siapa

si pemerhati ketika itu
berdiri di belakang gadis
menggeleng kepala
tidak kerna dicandu
cuma tak enak menyaksi babak itu

walau mungkin biasa pada kau
tidak pada si pemerhati
kerna si gadis manis
berambut ikal mayang
tidak bersama jejaka adam
tapi berkasih gadis hawa

cinta terlarang.

Tuesday, January 26, 2010

tolong ibu



ibu
jangan lupa
senyum padaku
selalu

ibu aku mahu
ibu tahu
hati ini selalu senyum
bila terkenang ibu

tak mahu menangis lagi
ibu sihat kan?
tolong buat aku percaya itu

tolong ibu, tolong aku...

Sunday, January 24, 2010

REM


perangai macam sial
yang betina kau ratah
yang kecil kau sepak
yang tua kau hina

hairan betul
bila tengok dekat-dekat
rupanya engkau manusia

Saturday, January 23, 2010

nasi


lelaki tua itu

berdua kayu berkaki satu

di tengah hutan konkrit penuh besi

ke mana kau nak tuju?

di mana sanak saudaramu?

maaf. aku di dalam panjang besi

sedang menunggu sinar hijau memunculkan diri

di lain hari andai kau kutemui lagi,

akan aku dengan rela hati

bawa 2 bungkus nasi

utk bersama kita nikmati..

Friday, January 22, 2010

protektor


sang kura-kura,
dengan cangkerang
sang ular
dengan bisa patukan,
sang landak
dengan duri-duri tajam,
sang ketam
dengan pengepit,
sang aku
dengan si kacak
oh terjaga.

*sambung tidur*

rasa merasa

apa sebenarnya kau rasa
di masa itu kau kata cinta
di masa ini sebaliknya...

apa sebenarnya kau rasa,
di saat itu kita bahagia
di saat ini berubah segalanya...

apa sebenarnya terbit di hatimu
adakah cinta?
adakah dusta?

lepaskan aku.

Monday, January 18, 2010

agaknya


tiada kata secantik bahasa,

berdendang lagu biduan negara

tiada lain secantik adinda,

bisik kekanda di telinga

ikhlas kah agak-agaknya?

ya, adinda suka bertanya

kekanda boleh berkira-kira untuk bersuara

atau diam sahaja.

Wednesday, January 13, 2010

3 KUNTUM CETAKAN KEDUA!!





salam.
dah lama daku x update blog dgn puisi baru kan? puisi ada, tp saja tak tulis kat sini. daku nak fokus pada promosi 3KUNTUM ni. yeah! 3KUNTUM cetakan pertama mendapat sambutan!. cetakan kedua (berwarna pink!) sudah hampir 30 naskhah terjual!! bagi yg tak tahu ape kejadah benda ni,, klik sini..hehe...

baiklah. siapa mahu beli cetakan kedua ni? kandungan sama sahaja. cuma font lebih kool & kemas dan warna lebih menarik! hehe.. hrga sama je tau. RM5!.. yeah. siapa mahu, tinggalkan saja komen di bawah.hhehe..

wassalam...



tuhan?


tuhan aku tuhan aku
tuhan kau tuhan kau
bukankah sudah tercatat itu
aku tahu kau pun tahu
jadi, apa pertengkaran itu perlu?
aku tak fikir begitu
dan kau juga
aku tahu.

Monday, January 11, 2010

bintik-bintik


itu dia
bintik-bintik
panas kot?

itu dia
bintik-bintik
gatal kan?

itu dia
bintik-bintik
ubat apa?

itu dia
bedak sejuk
sejuk kan?
hilang sudah bintik-bintik
lega.................

Thursday, January 7, 2010

tahu ini edisi perasaan yang perasan



ingat lagi dikau pada entri daku bertajuk 'buku'? x ingt? nah! kelik sini! ok. sekarang segala maksud entri itu sudah direalisasikan. tak percaya?? tengok gmbr bwh ni!



baiklah. buku yg diberi tjuk 3KUNTUM ni adlh kumpulan puisi2 moden hasil nukilan 3 budak perasan bagus kat muka bumi ni iaitu parajamaludin, nisha dan daku.. ye, bagus. x puas ht?? hehe. gurau je. kami kool.. ok, kalau nk beli, harga dia tak mahal la.

RM5- senaskhah.

murah?? memang. berbaloi kot beli. haha. ada 45 puisi moden (sajak la!) dlm zine ni. kalau nak order, khabarkan pada daku dekat komen blog ni. x pun, dkt fb. ok?? hehe. what? nak tgk gmbr jelas?? ok jap.. *sdg memuatnaik*........

*ye, model yg cun. dh berpunya.titik*

kpd sahabat2 jauh (bukan UIA) yg nk dptkan zine ni, boleh beli secara pos jugak. FYI, buku ni dh daku jual di FRINJAN tempoh hari.jualan hebat. so, xde sbb korg xdptkannya!! hahaha. ok. aku diam. wassalam...



Tuesday, January 5, 2010

BeRtaNya SanG saYa KePaDa Sang DiA

apakah rasanya
bila bercinta?

apakah rahsianya pula
berkekalan lama?

apakah rasanya
bila dikecewakan?

apakah rahsianya pula
mengatasi pedihnya perasaan?

apakah rasanya
tawar hati?

apakah rahsianya pula
tak ingin mengenang lagi?

apakah rasanya
bila jumpa yang kedua?

apakah rahsianya pula
tidak jatuh cinta?

apakah rasanya
bila didesak bercinta
oleh yang kedua?

apakah rahsianya pula
si dia yang kedua berjaya?

apakah rasanya
bercinta?
apakah rahsianya pula
berkekalan lama?

-senyum sinis-

Monday, January 4, 2010

HIDUNGKU BERLARI


hidung ku berlari
ku gosok ku gosok
dengan encik vicky

*sedang gosok*

hidung ku berlari lagi
ku gosok ku gosok
sampai haus batangnya
tetapi masih gatalnya
hidungku berlari lagi.

hidung ku berlari
diriku ditiduri
tak kuasa nak ambil peduli
hidungku terus berlari
lagi.

*menjeling ke arah vicky*

Sunday, January 3, 2010

3 KUNTUM

yang di sini hobi-hobi
yang di depan cita-cita
yang di sana angan-angan
yang aku mahu semua
yang hobi
yang cita-cita
yang angan-angan
yang dihobikan itu senijiwa
yang dicitakan itu pendidik anak bangsa
yang diangankan itu cinta
yang bakal dilariskan itu.....
*senyum*
3 KUNTUM.

=)

geram la bodo!

aku cuba tak nak sakit hati dengan konco-konco kau

tapi kau selalu buat aku rasa

macam kau tu bangsat!

ha,, kan dh keluar kata kesat!

masa aku taip ni aku rasa

macam nak sepak semua keturunan kau

aku jahat kan? sebab kau!

entah apa yang kau cuba nak buktikan pun aku tatau

menyakitkan hati orang dah memang hobi kau?

gila la kau!

mentang-mentang bahasa kau aku tak faham

ko gelak-gelak bising-bising depan kitorang

BANGANG!

&^%$#$%^&*

*diam*

Saturday, January 2, 2010

'surat' yg sudah lama aku simpan

(buat sara)

seringkali aku lihat status di mukabuku kamu

setiap butiran perkataan itu aku rasa

sedih duka gembira suka turun naik

semua ada.

seringkali segala itu buat aku terfikir

mengapa selalu benar hati dan perasaanmu bergolak

dan seketika aku cemburu

kerana Yang Di Atas itu memilih kamu untuk diberi cubaan

sebagai tanda sayangNya kepada kamu.

-diam-

di sini hanya ingin aku jeritkan

maaf andai aku tak bisa membantu

menemanimu

mendengarmu

menyelesaikan segala kerumitan hidupmu

tapi aku tahu kamu tahu apa yang aku mampu

ya. ini sahaja sahabatku.

kata-kata untuk kamu.

untuk semangatmu

untuk kekuatanmu.

moga kamu terus tabah

usah jadi seperti ranting mudah patah.

-diam-

*tiada kata2 lagi.