Saturday, January 2, 2010

'surat' yg sudah lama aku simpan

(buat sara)

seringkali aku lihat status di mukabuku kamu

setiap butiran perkataan itu aku rasa

sedih duka gembira suka turun naik

semua ada.

seringkali segala itu buat aku terfikir

mengapa selalu benar hati dan perasaanmu bergolak

dan seketika aku cemburu

kerana Yang Di Atas itu memilih kamu untuk diberi cubaan

sebagai tanda sayangNya kepada kamu.

-diam-

di sini hanya ingin aku jeritkan

maaf andai aku tak bisa membantu

menemanimu

mendengarmu

menyelesaikan segala kerumitan hidupmu

tapi aku tahu kamu tahu apa yang aku mampu

ya. ini sahaja sahabatku.

kata-kata untuk kamu.

untuk semangatmu

untuk kekuatanmu.

moga kamu terus tabah

usah jadi seperti ranting mudah patah.

-diam-

*tiada kata2 lagi.

2 comments: