Saturday, July 16, 2011

berkisahkan kesakitan

agoni ini

agoninya aku.


erang ini

erangnya aku.


sakit ini

sakitnya aku.


derita ini

deritanya aku.


rintih ini

rintihnya aku.


perih ini

perihnya aku.


seksa ini

seksanya aku.


dan sebelumnya itu datangnya engkau membawa keping-keping kasih

dan sebelumnya itu datangnya engkau menghidang kasih dalam piring-piring janji

dan sebelumnya itu datangnya engkau menyentuh aku tika dalam sedar-sedar ku

dan sebelumnya itu lupusnya aku di luar dan dalamku semahu mu.


kali ini kata-kataku mengaduh

biar jasadku kelihatan mengaduh

biar jiwaku kelihatan mengaduh


biar masa kelihatan mengaduh

biar semuanya mengaduh

semuanya...........


Aduh!!!


Wahai kau sang penciptaku?

Sesukanya kau menyakiti ku

Sesukanya kau membunuh aku


Hai kau sang penciptaku?

Sempatkan aku menceritakan

sempatkan aku menjeritkan

sempatkan aku menyaksikan


kehancuran mu;


sebelum aku kembali.




notakaki: bercita2 mahu bersembah seni eksperimen dengan bingkisan ini.

notatapakkaki: sila bertanya jika keliru. jangan cepat punya interpretasi melulu.

No comments:

Post a Comment