Thursday, December 31, 2009

ibu dan tahun baru

bulan terang di malam tahun baru
diri ini tiada tempat untuk dituju
hati yang sayu semakin pilu
mungkin kerana tiada dirimu di sisiku
ibu.

tiba-tiba aku teringat
kau bercerita pasal hari aku lahir
kau kata aku melihat dunia
di malam rabu
tanpa bulan terang
dan sebab itulah
kulit ku sawo matang
eh tidak, hitam.
hahahahahaha.
tawa ibu.

kini aku anakmu menulis
di kala bulan terang di malam tahun baru
kerana merindui gelak tawamu
ibu.

selamat tahun baru ibu.
aku rindu.
ibu.

dusta

kau kata kau cinta
tapi dengan yang lain kau bermain mata
kau kata kau setia
tapi di laut kau pancing ikan-ikannya

selalu kita telagahkan hal ini
yang kau sendiri tahu siapa puncanya
ternyata kau mengaku dengan egomu
aku telah kau duakan

kini pasrah menjadi teman
tidak

tidak kau adil seperti yang aku harapkan
menjadi biasa kau buat ku kecewa
sedari dulu dan mungkin selamanya

lepaskan kembali aku ke daratan
pergi terus kau ke laut bersama ikan-ikan
yang bisa beri kau kepuasan
yang mana selalu kau angankan

lepaskan aku kembali ke tempatku
hati ini biar tiada siapa yang mahu
asal aku kembali menjadi diriku
tanpa peduli sampan cinta seperti mu
yang selalu hanyut
bila belayar di laut.

Monday, December 28, 2009

peristiwa malam Natal

I
sekian lama kita berteman
tak pernah aku kenal erti duka
sebab luka-luka lama aku
kau lah yang sembuhkan
kau lah yang rawatkan
dengan barisan gigi bersinar-sinar mu itu
kau tersenyum selalu
untuk aku

II
tapi malam itu di Hari Natal
dengan barisan gigi bersinar-sinar mu itu
kau tersenyum lagi
kali ini lebar sedikit daripada yang dulu
kau ucap sayang kepada aku
kau kata cinta kau satu pada aku
eh! ini tak patut terjadi
aku dan kau cuma sahabat sejati
mana mungkin jasad dan hati aku ini
aku serah pada mu untuk dipanggil kekasih!

III
serius aku buntu
sungguh lidah aku kelu
tapi aku kuatkan juga berbicara denganmu
kenapa kau buat aku begini begitu
apa kau tak rasa ini tak patut berlaku?

IV
Paul,
dengar apa yang aku nak cakap
berdiri betu-betul depan aku
bukan dengar ikut tingkap
sebetulnya ada yang aku nak singkap
dulu pernah aku jatuh cinta pada kau sekejap
tapi lama-lama lenyap
sebab sekarang persahabatan kita ini
aku rasa dah cukup lengkap
dan maaflah, rasa-rasa hati kau
sudah jauh terlewat untuk kau ungkap

V
sekarang aku perlu jauh dari mu sementara
hati dan raga ini masih terkejut barangkali
bila kenangkan butir-butir luahan hati
tolonglah tolong jangan kemari
beri diri kita sedikit masa lagi
untuk kita buang jauh-jauh peristiwa malam Natal
supaya dalam ingatan kita ia tak kekal

VI
lepas ini kita jumpa
aku mahu kau dengan selamba
tersenyum lebar
menampakkan barisan gigimu yang bersinar-sinar
sambil buat isyarat 'peace no war'

Sunday, December 27, 2009

lena

aku hidup tiada guna
pada semua ku bawa derita

aku hidup tiada guna
kerna aku mereka sengsara

aku hidup tanpa dia
aku mahu cinta saja
aku tahu dia tiada
untuk berikan cintanya

aku masih hidup tanpa kamu
ku masih hidup mengharapkanmu
ku masih hidup tanpa cintamu
ku masih terus menanti dirimu
oh sayangku..

adakah kamu dengari itu
getar hatiku inginkan kamu
adakah kamu peduli aku
dalam jagamu dalam tidurmu

aku hidup tiada guna
itu ku alun sampai lena......

*lagu ini masih kasar.belum siap. hanya ingin kamu dgr. takut2 ada bunyi ciplak.sila komen.tenkiu

Thursday, December 24, 2009

alam lain

sedang kau berjalan
toleh lah belakang
pandang daku
senyum padaku

sedang kau makan
toleh ke belakang
pandang daku
senyum padaku

beri sedikit senyummu itu
aku tak ingin yang lain
hanya senyummu
sedikit ku perlu

selama kau di situ
toleh ke belakang
pandang daku
senyum padaku

alam kita beza
kau di sana
aku di sini
namun ku setia menanti

toleh ke belakang
kau tak nampak aku
tapi aku bisa melihatmu

seolah-olah kau tahu kewujudanku
pandanglah daku
senyumlah padaku



lembah

eh kau
tolong jangan tarik tangan aku
ke lembah itu

eh kau
walau aku tahu
lembah ini tidak sehebat lembah itu
aku tetap tak setuju
ikut kau ke situ

eh kau
aku tak suka kau paksa
kalau aku suka, aku dah rela
tapi hakikatnya........

jelas kan?
sekian.


Monday, December 21, 2009

penulis


satu malam itu
hati penulis sayu
tanpa penulis tahu
apa punca penulis rasa begitu

berteman sunyi sepi
penulis terbaring sendiri
penulis tiada siapa di sisi
yang penulis ada cuma mereka-mereka di hati

tapi malam ini benar
penulis sedar
penulis suka biar
biar diri penulis terbiar
jauhkan diri penulis dari insan yang suka buat onar

jadi bukan salah mereka
kalau penulis sedih secara tiba-tiba
kalau di sisi penulis tiada siapa-siapa
kalau penulis melakukan perkara sia-sia

jangan risau makhluk semesta
penulis dah biasa rasa itu semua
kalau sedih,penulis diam sahaja
kalau suka, penulis penuh gelak tawa

itu lah diri penulis
bila airmata penulis menitis
itu tanda penulis menangis
dan bila penulis menangis


selalunya penulis menulis.





buku

aku mahu jual buku puisi aku

ada yang mahu?

tenkiu.

tak mahu?

up to u.

aku mahu.
dan aku tahu itu.

Saturday, December 19, 2009

kaca mata berbingkai putih.


semalam
terlihat di situ
berkaca mata berbingkai putih
kamu merayau bermanja bersama mesin foto kamu

siang tadi
terlihat kamu lagi
kaca mata berbingkai putih itu
mudah sekali menarik perhatian aku

tapi kali ini kaca mata berbingkai putih itu
serupa warna baju kamu
oh serupa warna baju kamu
oh serupa warna baju kamu
oh serupa warna baju kamu
[ya, ketika itu aku kaku]

malam ini aku mahu
hari esok ada nasib untuk aku
terlihat kamu bersama kaca mata berbingkai putih itu
terpandang kamu bersama mesin foto canggih kamu
[bermacam-macam ter lagi lah]

tapi sebenarnya di sini aku tahu
bukan kaca mata berbingkai putih itu
yang buat aku terpaku
bukan mesin foto kamu yang canggih itu
yang buat aku tak tentu

tapi matamu
tapi matamu.






kali ini menangis untuk dia.


airmata ini mengalir
sambil di kalbu aku memekik.

tinggalkan saja lelaki itu
jangan kau kenang masa yang lalu
mengapa perlu kau jaga hatinya
sedang dia lukai hatimu?
jangan jadi bodoh
sudah terang lagi bersuluh.

tolonglah tolong dengar aku
aku tahu apa rasamu
semua itu aku dah lalui
dan mungkin kini
tiba saatmu
dan aku ada di sini
untuk bercerita
menyumbang kata
hanya padamu
total untukmu.


tinggalkan dia
sepenuhnya.

Thursday, December 17, 2009

tulis sahaja


si dia itu ditemani pipit-pipit bermain petang.

melambai-lambai pohon hijau dihembus angin.

tiada pena mahupun helaian kertas untuk dicoretkan puisi indah.

cuma telefon genggam jadi wadah.

dia itu kemudiannya menyusun bait kata tentang apa saja yang terlintas di benak.

enak. perasaan yang enak.

seketika tersenyum melihat sang arjuna pipit berterbangan mesra di sisi puspanya.

pepohon nyiur berbuah jingga seakan kehairanan melihat si dia keseorangan melayan perasaan.

oh tidak. sebetulnya si dia ini sedang menanti sahabatnya yang belum tiba.

berdua membuang masa.

di tasik titiwangsa.

Wednesday, December 16, 2009

AnDiKa


seharian jasad berlegar-legar
mencari sesuatu dalam sedar
di hutan konkrit
pencakar langit
mencari kamu
mencari kamu

berkaki dari pangkal ke hujung
dari simpang-simpang ke lorong-lorong
mengesat peluh
tapi tak mengeluh

sesekali melayan haiwan sosial bertanya
mahu ke sini bagaimana?
besi panjang 31 di mana letaknya?

sesekali terduduk di kaki lima
menahan terik mentari atas kepala
berpinar-pinar pandangan terasa
sekejap sahaja
terus berlalu terus usaha

sedar-sedar petir berdentum
sang kilat sabung-menyabung
berguguran titisan rahmat
lebat semakin lebat

tidak aku peduli
tidak aku patah hati
kau kucari
kau kucari

akhirnya bertemu
tersenyum indah kau memandangku
semoga kau esok masih di situ
menanti aku menjemputmu
oh ANDIKA ku
oh ANDIKA ku.


Monday, December 14, 2009

perlu jawapan


berkali-kali
aku ungkapkan ini

sekali kau kusayangi
selamanya aku sayangi
sekali kau kukasihi
selamanya aku kasihi

kenapa sukar sekali kau fahami aku?
bukankah segalanya telah aku buktikan padamu?
apalagi yang perlu jasad dan sukma ini lakukan untuk mu?

untuk kau tidak sangsi padaku?
untuk kau tidak ragui kasihku?

mengapa segala yang mudah jadi rumit?
mengapa kau pandang pada khilaf aku yang sekelumit?
mengapa tidak kau tanya pada hatimu rasa aku?
mengapa harus kau persoalkan rasa hatiku padamu?

untuk apa segala yang pernah kita lakukan bersama?
untuk apa kita semai segala rasa?
untuk apa semua yang kita kongsikan sebagai rahsia?

bagaimana lagi caranya untuk segala ragumu ku buangkan?
bagaimana lagi caranya untuk semua sangsimu ku ketepikan?
benarkah kau mahu segalanya berakhir?
benarkah kau yang mengucapkan salam terakhir?

curilah sedikit masa untuk kau fikirkan
curilah sedikit waktu untuk kau renungkan
aku menunggu dan terus menunggu
aku menurut segala keputusanmu
ku sayang kamu
ku kasih kamu
kau di hatiku.