Wednesday, December 16, 2009

AnDiKa


seharian jasad berlegar-legar
mencari sesuatu dalam sedar
di hutan konkrit
pencakar langit
mencari kamu
mencari kamu

berkaki dari pangkal ke hujung
dari simpang-simpang ke lorong-lorong
mengesat peluh
tapi tak mengeluh

sesekali melayan haiwan sosial bertanya
mahu ke sini bagaimana?
besi panjang 31 di mana letaknya?

sesekali terduduk di kaki lima
menahan terik mentari atas kepala
berpinar-pinar pandangan terasa
sekejap sahaja
terus berlalu terus usaha

sedar-sedar petir berdentum
sang kilat sabung-menyabung
berguguran titisan rahmat
lebat semakin lebat

tidak aku peduli
tidak aku patah hati
kau kucari
kau kucari

akhirnya bertemu
tersenyum indah kau memandangku
semoga kau esok masih di situ
menanti aku menjemputmu
oh ANDIKA ku
oh ANDIKA ku.


3 comments:

  1. aku ade member nama andika,org sabah,ko nak? haha

    ReplyDelete
  2. andika 2 nama jaga bangunan tempat aku kerja, org nepal, mau?

    ReplyDelete