Thursday, December 10, 2009

sejenak terkenang hubungan tak punya nama.

aku tahu hubungan tak punya nama ini tak kekal lama

aku tahu apa yang kau cuba zahirkan di depan mata

aku tahu terkadang kau keliru

aku tahu terkadang aku cemburu

aku juga tahu kau takkan pernah memahami aku.

aku tak mahu diri ini diperlu hanya bila kau tiada selimut ketika tidur

aku tak mahu jasad ini kau dakap hanya ketika hati kau hancur

yang mana akhirnya jiwa ini sakit kau robek

yang mana akhirnya raga ini tenat kau carik

yang mana akhirnya tampak dirimu belum serik

mencari sakit menambah perit

yang kau dapat dari perempuan yang kau kata hebat

yang buat kau tak sabar nak kahwin cepat

yang akhirnya menjadikan aku

bukan dua, tiga, atau empat,

tapi cuma persinggahan setempat

semoga kini kau bahagia

atau mungkin terus terluka?



No comments:

Post a Comment