Monday, December 28, 2009

peristiwa malam Natal

I
sekian lama kita berteman
tak pernah aku kenal erti duka
sebab luka-luka lama aku
kau lah yang sembuhkan
kau lah yang rawatkan
dengan barisan gigi bersinar-sinar mu itu
kau tersenyum selalu
untuk aku

II
tapi malam itu di Hari Natal
dengan barisan gigi bersinar-sinar mu itu
kau tersenyum lagi
kali ini lebar sedikit daripada yang dulu
kau ucap sayang kepada aku
kau kata cinta kau satu pada aku
eh! ini tak patut terjadi
aku dan kau cuma sahabat sejati
mana mungkin jasad dan hati aku ini
aku serah pada mu untuk dipanggil kekasih!

III
serius aku buntu
sungguh lidah aku kelu
tapi aku kuatkan juga berbicara denganmu
kenapa kau buat aku begini begitu
apa kau tak rasa ini tak patut berlaku?

IV
Paul,
dengar apa yang aku nak cakap
berdiri betu-betul depan aku
bukan dengar ikut tingkap
sebetulnya ada yang aku nak singkap
dulu pernah aku jatuh cinta pada kau sekejap
tapi lama-lama lenyap
sebab sekarang persahabatan kita ini
aku rasa dah cukup lengkap
dan maaflah, rasa-rasa hati kau
sudah jauh terlewat untuk kau ungkap

V
sekarang aku perlu jauh dari mu sementara
hati dan raga ini masih terkejut barangkali
bila kenangkan butir-butir luahan hati
tolonglah tolong jangan kemari
beri diri kita sedikit masa lagi
untuk kita buang jauh-jauh peristiwa malam Natal
supaya dalam ingatan kita ia tak kekal

VI
lepas ini kita jumpa
aku mahu kau dengan selamba
tersenyum lebar
menampakkan barisan gigimu yang bersinar-sinar
sambil buat isyarat 'peace no war'

6 comments:

  1. Dan dalam terang bulan malam memekik,
    Salji pun turun mendayu-dayu.

    Dalam kejauhan,Paul mengangkat tangan kirinya,
    dan menjempul jari hantu dan jari telunjuk serentak,
    tanpa memandang belakang.

    Natal ini paling dingin buat nya.

    ReplyDelete
  2. nak gift dib? nak andika anda...haha

    ReplyDelete
  3. asal ko tetiba mntk hdiah? bday ke? haha

    ReplyDelete
  4. ko ingt aku santa claus ke?? saiz je sama ni,, janggut x tumbuh lg~

    ReplyDelete