malam ini
sekali lagi
merpati dua sejoli
terbang tak tinggi
sekalian makhluk telah pulang
hanya aku dan kamu seorang
melayan jiwa berteman raga
bersama helaian-helaian nota
sedia bekalan untuk berperang.
aku masih kamu temankan
sedari kehangatan hingga kedinginan
demi menghalang aku lemah
menahan kelopak yang mahu rebah
terima kasih aku ucapkan
setia pada kamu aku akan
berpaling dari kamu aku tak akan
asal kamu tahu bukan mudah
bukan mudah berpatah arah
setia aku satu hanya pada kamu
kasih aku satu hanya untuk kamu
oh kafeinku...........
No comments:
Post a Comment