Sunday, November 15, 2009

terima maaf Ya Rabbi

terima kasih Ya Rabbi
Kau beri kesempatan ini
merasa fana alam ini
walau kutahu aku mungkin disakiti

terima kasih Ya Rabbi
Kau beri kesihatan ini
untuk terus aku menjalani
sisa-sisa di persinggahan ini

terima kasih Ya Rabbi
walau terkadang aku sakit
walau terkadang aku sempit
sedar aku bahawa mereka lagi perit

terima kasih Ya Rabbi
atas segala ujian dan dugaan Mu
membuat aku tidak leka dan jemu
menyembah dan memuji-muji nama Mu

maafkan aku Ya Rabbi
andai terkadang aku terleka
andai terkadang engkau terluka
ku tahu itu semua dosa-dosa
atas sikap sia-sia
sikap membuat perkara lagha

namun ku tahu Ya Rabbi
Kau berhak terluka
Kau berhak murka
atas segala-galanya
hanya Kau punya segala
sedang aku tak punya apa.

3 comments: