Wednesday, November 11, 2009

CiNtA PLKN

satu ketika dulu
aku bersama kamu
aku minat dia
tapi rupanya kamu minat aku
aku nak kepastian
kamu mengiyakan

macam tipu je kamu ni kan?

seminggu aku fikir
adakah kamu itu takdir?
adakah waktu bercintaku sudah hampir?

macam tipu je takdir ini kan?

hanya selepas seminggu
sebelum kita berpisah
diri kamu aku kisah
sihat sakit kamu aku endah
antara kita ada apa-apakah?

macam tipu je perasaan ini kan?

tak mahu menunggu lagi
aku kamu dekati
''kita dah nak berpisah ni''
''apa nasib perasaanku ini?"
aku hanya senyum sendiri.

macam tipu je senyuman ini kan?

di kejauhan
hari-hariku ditemani panggilan
kata-kata kamu melambang kerinduan
gerak-gaya kamu tak merelakan perpisahan

macam tipu je kita bercinta kan?

terpaksa aku pergi
mengejar impian diri
kata kamu,
"segeralah kau pergi
segeralah juga kau kembali
pulangnya kau 4 tahun lagi
dirimu akan kunikahi"

macam tipu je bait-bait itu kan?

hilang tanpa khabar berita
tiada panggilan seperti biasa
namun aku tidak kecewa
kerna aku sudah sedia
segalanya takkan kekal lama
kan sudah berulang kali aku kata
segalanya benar belaka

memang tipu je cinta itu kan?
memang tipu je rindu itu kan?
memang tipu je perasaan itu kan?
kan?
kan?
kan?



6 comments:

  1. cinta tu perasaan je. Tuhan yang membalik-balikkan hati. hari ni betul, esok leh jadi tipu.

    ReplyDelete
  2. a'ah lah dib..Tuhan mmbolak balikkan hati2 kita nii..hmm...susah nak ckap...hati mmg xpenah tetap...kejap nak rindu2..cinta2...esok2...maki2..benci2!! XDE lagi manis nya cintaa.....

    ReplyDelete
  3. luna: ye tipu.ye sedih

    ano: huuhu. ko plak emo

    ReplyDelete